Assalamualaikum..

Sunday, July 24, 2011

SANTAU



Sejarah santau; ORANG TUA ZAMAN DAHULU MENGGUNAKAN UNTUK MENENTANG PENJAJAH

Asal santau: seperti yang diterangkan secara lisan, ia biasa berlaku di bahagian negara-negara
Asia Tenggara seperti Indonesia, Malaysia, Filipina,dan lain-lain lagi. termasuk juga sedikit
bahagian selatan negara China. Dan ia tidak diamalkan oleh masyarakat Arab, timur tengah,
afrika dan lain-lain lagi. Jika masyarakat sedemikian mereka lebih menggunakan kaedah sihir
yang lain. Biasanya kalau dahulu di bahagian daerah Sumatera, Indonesia santau ini biasa
digunakan seperti alat permainan masyarakat di sana. Di mana dalam sesebuah kampung jika
ada seorang yang gagah perkasa atau yang mempunyai sesuatu bidang-bidang ilmu yang tinggi
seperti ilmu agama dan lain-lain lagi. para penyantau suka mencuba atau hendak menguji
sejauh mana kehandalan dan kebolehan mangsa-mangsa tersebut. Bagi orang-orang yang
mempunyai ilmu-ilmu kebal atau yang dikatakan gagah perkasa seperti pahlawan sukar untuk
ditandingi oleh orang-orang biasa, lazimnya tubuh badan mereka atau kekebalan mereka akan
kalah dengan santau.

Kebanyakannya semua akan terkena termasuklah haiwan. Hanya insan-insan yang beramal
soleh dan mengamalkan doa pelindung diri, yang mana Allah hendak melindunginya, InsyAllah
akan dilindungi oleh Allah Ta’ala, insyAllah.

Paling merbahaya. Kebiasaannya, kesan santau ini akan matang dalam masa dua tahun dan
boleh membawa maut. Namun begitu, urusan maut adalah urusan Allah S.W.T. Jika Allah S.W.T
tidak mengizinkan, maka, walau apa jua jenis santau yang diberi, ianya tidak membawa kesan
atau mudharat

TANDA TERKENA SANTAU:
Batuk yang berterusan dan tidak lepas walaupun makan ubat hospital pun tidak sembuh dan
gejala batuk pada waktu-waktu tertentu seperti maghrib, pagi, tengah malam, hendak subuh,
ada yang 24 jam (macam batuk anjing king-king-king) dan lain-lain, muntah darah, rasa
tercucuk-cucuk dalam badan seperti ada jarum (di bahagian dada, sendi2 badan, peha, dan
kaki), demam panas, sakit kepala, lenguh atau lemah sendi dan anggota badan, tiada selera
makan (kesannya jadi badan susut dan bila cuba hendak makan rasa hendak muntah), susah
hendak tidur malam, kerap mengantuk di siang hari, gatal-gatal badan, pemarah (sifat yang
dibangkitkan oleh jin. Syaitan, iblis), pelupa, resdung, barah, kayap, lumpuh ( yang menyerang
buah pinggang), dan ada yang sampai buat putus urat jantung, serta jadi gila, lemah tenaga
batin, kudis (biasanya ramuan santau ini didapati dari kepulauan Borneo), penyedih, penakut,
pembenci, pemalas , fikiran tidak tenteram (sehingga tidak boleh membuat keputusan dengan
tepat dan hilang keyakinan diri, suka bersendirian (tidak suka bergaul dgn org ramai), sakit
perut dan sakit belakang dan lain-lain.

Jenis Santau:

1. Santau Angin
2. Santau Tuju
3. Santau Makan atau Minum4. Santau Langkah

Tujuan Santau

Tujuan membuat santau: amalan diri (pembuat atau penyebar santau biasanya hendak
mengetahui sejauh mana kehebatan ilmu santau mereka lalu membuat praktikal), pertahankan
diri (kalau zaman dahulu, kalau sesebuah negeri kalah dalam peperangan akan balas balik guna
santau, ada segelintir dari kalangan wanita yang jahil atau lelaki yang jahiliyah menggunakan
santau untuk mempertahankan hak kepentingan diri sendiri), untuk membalas dendam dan
untuk kebanggaan supaya dihormati atau ditakuti.

Tawar Santau

1. Solat hajat, berdoa serta bertawakal pada Allah s.w.t kerana Dia Maha Menyembuhkan.

2. Bahan yang perlu ada semasa proses merawat:
a) Air Mineral 1 botol
b) Air Kolah Tiga Masjid 1 botol (semua sekali 3 botol, kalau botol 10 liter lebih baik)
c) Daun Pandan 3 Helai
d) Garam rukyah

3. Bacakan pada air yang dicampur dengan garam rukyah:-
a. Al-Fatihah - 1 kali
b. Ayatul Qursi – 1 kali
c. Al-Hasyr: 21 hingga 24 – 1 kali
d. Yasin 1-9
e. Selawat Syifa
f. Bismillah 5 dan Bismillah 6 – 3 kali
g. Surah Al-Mukminun  ayat 115-118
h. Surah As-Soffat ayat 1-10
i. Surah Al-ikhlas, Al-Falaq, An-Nas 3kali

4. Suruh pesakit minum dan tunggu 10 minit. Jika tiada reaksi, baca kalimah syahadah atau mana-mana ayat tepuk sambil menepuk belakang pesakit berulang kali. InsyaAllah akan sembuh jika melakukan dengan istiqomah serta keyakinan yang benar-benar ikhlas Allah yang menyembuhkan.