Assalamualaikum..

Saturday, April 23, 2011


Kisah seorang muslim yang berusaha menjadi baik untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. episod 1


Muslim ini bernama Aiman (bukan nama sebenar). Usianya dalam lingkungan 20-an. Pada usianya 18tahun, beliau cuba untuk berubah sikap dan perangainya yang agak nakal dan selalu mengecewakan hati ibu bapanya satu masa dahulu. Sewaktu umur beliau 17tahun sempat juga beliau berguru dengan atok saudaranya atas desakan bapanya kerana bapanya mula menyedari kelakuan nakal aiman yang sudah kearah ingin menjadi samseng makin menjadi2. Dia juga pernah berkata pada bapanya habis spm dia ingin menyertai kelab GYM dan setelah itu ingin bekerja sebagai Bonzer. Macam2 yang diajar oleh atok saudaranya, walaupun pada dasarnya atok saudaranya mengajarkannya silat kerana ingin membantu aiman mencapai cita2nya sebagai bonzer tetapi maksud tersembunyi atok saudaranya itu adalah untuk mengubah sikap aiman dan ingin menanamkan nilai2 moral dalam diri aiman, dalam masa yang sama aiman juga diajar mengenai ilmu2 agama dan pembentukan akhlak. Ilmu perubatan juga diajarkannya. Mulai saat itulah aiman mempunyai nafas yang baru dan semakin bersemangat untuk belajar dengan atok saudaranya. Tetapi sayangnya aiman yang baru saja bersemangat untuk mengubah sikap dan perangai sekali gus tertarik pada keunggulan ISLAM dan bercita2 untuk menjadi seorang pendekar yang memegang pada syariat ISLAM menjadi pudar kerana atok saudaranya lumpuh satu badan dan percakapannya sudah pelat disebabkan pelbagai penyakit tua yang dihadapi oleh gurunya. Setelah gurunya lumpuh anak lelaki pertama gurunyalah yang menggantikan tempat gurunya untuk mengajar silat pada aiman tetapi ilmu2 agama tidak diajarkan lagi kerana anaknya belum ada keyakinan dan belum arif dalam bidang ketuhanan dan agama. Selang beberapa bulan kemudian, atok saudaranya meninggal dunia dan sempat memberikan nasihat2 dan wasiat kepada aiman supaya terus mengamalkan sikap pendekar yang sejati dan mencari guru agama yang arif lagi alim berkaitan ketuhanan dan anak2 murid yang lain juga dinasihatkan juga. Setelah habis SPM aiman mengambil pengalaman2 kerja yang pelbagai iaitu kerja di kilang makanan, car wash, shell, serta menolong ayahnya sebagai kontraktor, dalam masa yang sama berniaga burger di malam hari. 


Beliau amat menyesal sewaktu dibangku sekolah dulu tidak belajar rajin2 kerana beliau sudah rasa bagaimana peritnya mencari rezeki. Beliau tidak tahu bagaimana ayahnya boleh bersabar dengan pendapatan oleh sumber sebagai kontraktor di rumah2 orang. Syukurlah pada Allah s.w.t kerana ibunya juga bekerja sebagai kerani di salah sebuah universiti tempatan untuk menampung keperluan keluarga. Walaupun bilangan adik beradik aiman hanya 4 orang tetapi jika ibunya tidak bekerja, ekonomi keluarga aiman akan goyah kerana masing2 sedang membesar dan bersekolah. Aiman juga bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dengan keputusan SPM aiman yang hanya cukup2 makan, masih ada lagi ipt yang menerimanya sambung belajar ke bahagian akademik dalam bidang profesional. Pada mulanya dia ingin ke bahagian kemahiran kerana keputusannya yang begitu hanya bidang kemahiran saja yang menerimanya. Tetapi setelah ibunya membuat solat istikharoh, ibunya menyuruh beliau ke bidang professional kerana ibunya tahu bakat aiman bukan ke arah kemahiran tetapi bidang kemanusian dan sosial. Aiman menuruti perintah ibunya kerana aiman juga sedar akan bakatnya tidak ke bahagian kemahiran tetapi adik bawahnya yang memiliki bakat kemahiran ayahnya itu. Aiman juga ingin membalas jasa ibunya kerana sewaktu zaman persekolahan beliau sering melukakan hati ibunya. Ibunya sangat inginkannya sambung belajar begitu juga atok dan neneknya kerana dia adalah anak pertama sekaligus cucu yang pertama dalam keluarga. Adik2nya dan sepupu2nya masing2 masih bersekolah malah ada yang tadika dan masih baru belajar merangkak.

Aiman mempunyai seorang kekasih yang bernama Ana Syafiqah(bukan nama sebenar). Hubungan beliau dgn ana sudah hampir 3 tahun. Dalam waktu sedang bercinta itu bermacam2 dugaan yang harus ditempuhi kerana ana bukan seorang muslimah sejati kerana dressnya yang kdg2 seksi tetapi tidak terlalu seksi yang melampau. Ana juga seorang anak yang manja dan senang melayan lelaki lain yang cuba untuk menggodanya. Tetapi aiman tetap tabah menghadapi semuanya kerana aiman sayangkan hubungan mereka, dalam masa yang sama kedua2 pihak keluarga telah merestui hubungan mereka.

Disebabkan sifat ana yang terlalu manja dan memukau, akhirnya aiman tumpas ditangan nafsu. Setiap kali beliau berjumpa mesti melakukan aktiviti ringan2 dan ana yang pada mulanya tak mahu melakukannya akhirnya merelakandirinya utk diringan2 kan kerana ana juga suka apabila dipeluk dan diusap oleh aiman. Hari demi hari masa berlalu begitu pantas hinggalah pada akhir bulan oktober 2009. Waktu itu ana tinggal lagi beberapa minggu untuk menghadapi SPM. Pada waktu itu ana meminta aiman untuk menghantar beliau ke salah sebuah Universiti tempatan kerana ada seminar menjawab SPM. Aiman menolaknya kerana aiman juga pada waktu itu ingin menyiapkan assigmen yang ingin dihantar 2 hari lagi. Tetapi setelah didesak oleh ana untuk menyuruh lelaki lain menghantarnya, aiman menuruti kehendak ana untuk menghantarnya. Aiman terpaksa balik kerumah dgn menaiki bas untuk mengambil kereta. Setiba dirumah aiman terus meminjam kereta ayahnya untuk menjemput ana dirumah. Jarak antara rumah aiman dan ana lebih kurang 1jam. Jika jalan jem boleh mencecah 2jam. So, aiman pun hantarlah ana ke seminar tersebut.

Cuti semester di kolej aiman sudah pun bermula, ana pula sedang menduduki SPM. Pada waktu itu ana meminta aiman supaya tidak menelefonnya setiap malam seperti biasa. Dan sejak itu perangai ana terhadap aiman mula berubah. Aiman sudah mngesyaki bahawa ana ada lelaki lain yang sedang dilayan tetapi ana masih tidak mengaku. Dalam masa yang sama aiman masih meragukan lagi kerana spy2 aiman di sekolah ana sudah memberitahu aiman yang ana sentiasa sms dengan seorang lelaki lain. Pada satu malam, ana menelefon aiman tetapi nada perbualannya agak berlainan kerana selalunya ana akan menggunakan nada yang terlampau manja untuk bergurau dengan aiman. Dalam perbualan telefon mereka ana menyatakan hasrat untuk memutuskan hubungan dengan aiman dengan sebab SPM. Tetapi aiman yang matang dan berkebolehan dalam bidang kemanusiaan memujuk ana dan memberi pendapat pada ana. Akan tetapi ana tetap dengan keputusannya, dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim aiman melepaskan ana dengan ikhlas hati kerana aiman tahu ana akan mencarinya lagi.

Tepat dugaan aiman, ana menghubungi aiman pada keesokan harinya, dalam perbualannya ana mencabut kembali kata2 nya untuk berpisah kerana keluarga ana tidak setuju dengan keputusan ana. Aiman hanya tersenyum saja. SPM telah pun habis, ana balik ke kampung halaman dengan gembira kerama peperiksaannya sudah habis. Aiman pun merancang untuk menontong wayang bersama ana pada keesokan harinya. Tiba di wayang seperti biasa mereka duduk berdua, tetapi kali ini nafsu aiman membiak2 kerana penonton tidak ramai. Apabila aiman mula memegang tangan ana, ana membiarkan saja tetapi bila aiman mula memeluk tubuh ana, ana menolak. Dan beberapa kali cubaan mencium telah ditepis. Aiman kehairanan kerana ana yang dia kena tidak akan menolak untuk dipeluk kerana ana amat suka bila dipeluk. Pada malam itu aiman menanyakan hal ini pada ana dan ana menjawab dia tidak suka dengan perbuatan aiman kerana tidak bermoral dan mula merasa dosa. Aiman kehairanan kerana ana amat susah utk dididik dalam soal agama, akan tetapi aiman bersyukur kerana ana mula berubah dan aiman berjanji tidak akan melakukannya lagi. Pada satu malam, ana memuktamadkan keputusan untuk berpisah dengan aiman, aiman pun dengan merelakannya melepaskannya. Aiman tahu walaupun hubungan mereka berpisah tetapi aiman masih boleh keluar bersama ana kerana keluarga aiman dan ana sangat rapat.

Setelah sebulan berlalu ana menghubungi aiman dan melepaskan rindu dengan suara yang manja dan menggoda, ini kerana kekasih baru ana ternyata seorang playboy dan hanya memainkan perasaan perempuan sahaja. Ternyata sewaktu ana meminta untuk memutuskan hubungan tempoh hari adalah sebab lelaki lain yang dia kenal sewaktu seminar SPM yang aiman hantarkan itu. Ana malu untuk mengaku dia ada lelaki lain kerana aiman terlampau baik dalam memberi layanan terhadap ana. Sudah hampir 10 kali ana kantol dengan lelaki lain tetapi aiman tidak pernah memarahinya tetapi aiman hanya menasihatinya. Ana mula menyedari bahawa tidak ada seorang lelaki yang memahami perangai buruk ana yang mengada2 itu melainkan aiman, bahkan keluarganya sendiri tidak pandai mengawal perangai ana. Ana mengajak aiman keluar bersama untuk melepaskan rindu, dan seperti biasa mereka melakukan aktiviti ringan2 kerana kedua2 pihak merindukan pelukan dan ciuman masing2. Aiman sedar perbuatan itu salah dan selalu teringat dengan pesanan2 arwah gurunya tetapi dia tak dapat mengawal nafsunya.

Selang beberapa hari aiman melakukan solat istikharoh untuk memohon petunjuk bagaimana caranya untu berhenti melakukan perkara terkutuk itu lagi. Dia mula merasakan untuk meninggalkan ana kerana sifat ana yang manja dan menggoda itulah yang menyebabkan nafsu aiman membuak2. Tetapi aiman sayangkan hubungan mereka yang sudah lama terjalin, pihak keluarga pula semakin hari semakin rapat. Aiman mengambil langkah untuk cuba sedaya upaya menahan nafsunya apabila berjumpa dengan ana. Sedang aiman cuba untuk menahan nafsunya terhadap ana tiba2 ana mula merubah sikap, dan setelah aiman bertanyakan pada kakak2 ana ternyata ana sudah memiliki seorang lelaki lain. Ana mengaku mempunyai lelaki lain kerana dia tidak puas hati kebelakangan ini aiman merubah sikap menjadi seorang yang baik sedikit dengan kata lain bagi ana adalah ala2 ustaz. Padahal setiap kali berjumpa akan melepaskan nafsu, sebab itulah ana marah pada aiman kerana ana marah aiman konon2 nak jadi alim. Aiman berterus terang yang beliau ingin berubah dan mula menyedari perbuatan2 terkutuk itu. Ana pula tanpa memikir panjang memutuskan hubungan mereka dengan keputusan yang muktamad. Aiman juga merelakannya.

Setelah sebulan berlalu, aiman seperti orang yang memerlukan seseorang tempat dia bermanja kasih. Sungguh dasyat penangan manja ana ini. Tetapi aiman tabah menghadapinya, setiap hari aiman berdoa agar dapat melupakan ana kerana hampir setiap hari dia teringat kenangan-kenangan manis bersama ana. Setelah hampir 4 bulan putus dengan ana barulah aiman dapat melupakan ana kerana sepanjang 4bulan itu aiman mula mendekatkan diri pada Allah dengan mengigati kembali nasihat2 dan ajaran yang di sampaikan oleh gurunya iaitu ISLAM. Dia mula mengamalkan kembali wirid yang diberikan oleh gurunya, dan sering membaca Al-Quran. Dengan cara ini sajalah dia dapat memulihkan semangatnya kembali kerana dia tahu tiada yang boleh membantunya melainkan Allah s.w.t.

Dan semenjak itu beliau mula rapat dengan sahabat2 lama beliau yang mengambil jurusan agama juga salah seorang pelajar tahfiz di institut pengajian tinggi yang lain iaitu Haziq (bukan nama sebenar), dan juga Fazil (bukan nama sebenar). Fazil meruapakan sahabat yang paling rapat kerana semenjak sekolah rendah mereka 1kelas hinggalah di tingkatan 5 mereka 1kelas. Mereka terpisah kerana berbeza ipt kerana fazil megambil bahagian bisness dan kira2. Walaupun fazil bukan bidang agama tetapi fazil dididik sepenuhnya dalam keaagamaan kerana keluarga fazil kebanyakkannya warak2. Haziq pula sahabat sewaktu sekolah rendah, apabila di sekolah menegah haziq menukar sekolah di Sekolah Menengah Agama. Semenjak itulah aiman sering bersilaturrahim dengan sahabat2nya di masjid dan sering menukar2 pendapat dan mengongsikan ilmu2. Kadang2 apabila cuti hujung minggu atau pun semester mereka merancang sama2 beriadah dengan bersilat dan berjoging. Mereka juga sering menolong orang2 islam yang meminta bantuan untuk mengubat penyakit kerasukan dan histeria. Syukur pada Allah s.w.t. kerana sewaktu guru aiman masih hidup sempat gurunya mengajarkan ilmu perubatan yang berlandaskan syariat, bagi rakan2 seperjuangan aiman tidak menjadi masalah kerana mereka kebanyakkannya sudah menghafal ayat2 azab jin dan ayat2 syifa untuk memulihkan penyakit.

Mereka bagaikan seperti satu pasukan malah kerapatan mereka sudah dianggap seperti adik beradik kerana keluarga masing2 juga amat senang mereka berkawan. Mereka mananamkan hasrat untuk mencari guru yang lebih arif tentang agama dan perubatan sekali gus ingin berdakwah dan menjadi petunjuk kepada remaja2 lain. J

3 comments: