Assalamualaikum..

Saturday, August 13, 2011






Kasturi

1) Di sebutkan di dalam Al Quran yakni tanah2 di syurga itu dijadikan dari KASTURI. Juga di katakan
badan Rasulullah s.a.w itu sentiasa berbau wangi KASTURI dengan semulajadi. Dengan itu baginda tidak
dihinggapi nyamuk/lalat (riwayat Al Bukhari/Muslim)

2) Sabda Nabi s.a.w "KASTURI adalah minyak wangi yang paling baik sekali" (riwayat Muslim)

'BAHAWA dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma
(Za'faran) dan buminya kasturi.' Mengamati petikan hadis riwayat Al-Bazzar ini membayangkan kepada
kita betapa keenakan bauan kasturi itu sudah lama disebut dan disampaikan dari mulut ke mulut.

"Sejak ratusan tahun lalu, ia digunakan dalam pembuatan wangi-wangian. Kasturi juga bertindak sebagai
agen penyebar haruman selain dipercayai menjadikan bau haruman lebih tahan lama.

Dalam bidang perubatan tradisional Cina, kasturi dipercayai mampu mengembalikan kesedaran
seseorang yang pitam atau pengsan, melancarkan peredaran darah, merangsang penyingkiran darah
haid, mengurangkan kesan bengkak dan meredakan kesakitan. Menurut Imam Syafie R.A. bahawa
antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum
(spt kasturi).


1) Memberi kekuatan pada roh Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW: “ Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim)
2) Menenangkan Jiwa
3) Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
4) Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
5) Menghilangkan debaran jantung
6) Menghilangkan Sesak Nafas
7) Melegakan Lelah (Asma)
8] Menyedarkan orang yang pengsan
9) Memperkuatkan organ luaran tubuh
10) Memperkuatkan organ dalaman tubuh
11) Menghilangkan rasa gementar
12) Menghilangkan sejuk tubuh
13) Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh
14) Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
15) Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
16) menjernihkan mata putih pada mata
17) Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan
18] Mencegah wabak penyakit
19) Melanjutkan usia
20) Meredhakan Allah SWT, menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh, dan sebaliknya dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncukuncunya.

Khasiat dan kelebihannya:
-Menghindarkan dari angin Ahmar
-Menghilangkan sakit kepala
-Melindungi dari gigitan nyamuk dan lalat
-Darah gemuruh
-Sesak nafas
-Selsema
-Hysteria
-Menyejukan badan
-Melembutkan kulit
-Urut sakit sendi
-Rawatan luka luar dan dalam
-Sengatan serangga




No comments:

Post a Comment