Assalamualaikum..

Friday, December 30, 2011


Salam Alaik,, haaha,, terjumpe lak topik ni kat lappy, so nak sharekan untuk santapan bersama.. >,<

Kesan Zikir Kepada Otak

 Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.

Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif.

Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.

Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.

Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.

Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993.

Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda.

Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.

Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.

Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya.

Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya. So,, moh la kite sesama berzikir.. >,<



Saturday, August 13, 2011






Kasturi

1) Di sebutkan di dalam Al Quran yakni tanah2 di syurga itu dijadikan dari KASTURI. Juga di katakan
badan Rasulullah s.a.w itu sentiasa berbau wangi KASTURI dengan semulajadi. Dengan itu baginda tidak
dihinggapi nyamuk/lalat (riwayat Al Bukhari/Muslim)

2) Sabda Nabi s.a.w "KASTURI adalah minyak wangi yang paling baik sekali" (riwayat Muslim)

'BAHAWA dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma
(Za'faran) dan buminya kasturi.' Mengamati petikan hadis riwayat Al-Bazzar ini membayangkan kepada
kita betapa keenakan bauan kasturi itu sudah lama disebut dan disampaikan dari mulut ke mulut.

"Sejak ratusan tahun lalu, ia digunakan dalam pembuatan wangi-wangian. Kasturi juga bertindak sebagai
agen penyebar haruman selain dipercayai menjadikan bau haruman lebih tahan lama.

Dalam bidang perubatan tradisional Cina, kasturi dipercayai mampu mengembalikan kesedaran
seseorang yang pitam atau pengsan, melancarkan peredaran darah, merangsang penyingkiran darah
haid, mengurangkan kesan bengkak dan meredakan kesakitan. Menurut Imam Syafie R.A. bahawa
antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum
(spt kasturi).


1) Memberi kekuatan pada roh Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW: “ Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim)
2) Menenangkan Jiwa
3) Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
4) Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
5) Menghilangkan debaran jantung
6) Menghilangkan Sesak Nafas
7) Melegakan Lelah (Asma)
8] Menyedarkan orang yang pengsan
9) Memperkuatkan organ luaran tubuh
10) Memperkuatkan organ dalaman tubuh
11) Menghilangkan rasa gementar
12) Menghilangkan sejuk tubuh
13) Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh
14) Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
15) Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
16) menjernihkan mata putih pada mata
17) Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan
18] Mencegah wabak penyakit
19) Melanjutkan usia
20) Meredhakan Allah SWT, menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh, dan sebaliknya dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncukuncunya.

Khasiat dan kelebihannya:
-Menghindarkan dari angin Ahmar
-Menghilangkan sakit kepala
-Melindungi dari gigitan nyamuk dan lalat
-Darah gemuruh
-Sesak nafas
-Selsema
-Hysteria
-Menyejukan badan
-Melembutkan kulit
-Urut sakit sendi
-Rawatan luka luar dan dalam
-Sengatan serangga




Sunday, July 24, 2011

SANTAU



Sejarah santau; ORANG TUA ZAMAN DAHULU MENGGUNAKAN UNTUK MENENTANG PENJAJAH

Asal santau: seperti yang diterangkan secara lisan, ia biasa berlaku di bahagian negara-negara
Asia Tenggara seperti Indonesia, Malaysia, Filipina,dan lain-lain lagi. termasuk juga sedikit
bahagian selatan negara China. Dan ia tidak diamalkan oleh masyarakat Arab, timur tengah,
afrika dan lain-lain lagi. Jika masyarakat sedemikian mereka lebih menggunakan kaedah sihir
yang lain. Biasanya kalau dahulu di bahagian daerah Sumatera, Indonesia santau ini biasa
digunakan seperti alat permainan masyarakat di sana. Di mana dalam sesebuah kampung jika
ada seorang yang gagah perkasa atau yang mempunyai sesuatu bidang-bidang ilmu yang tinggi
seperti ilmu agama dan lain-lain lagi. para penyantau suka mencuba atau hendak menguji
sejauh mana kehandalan dan kebolehan mangsa-mangsa tersebut. Bagi orang-orang yang
mempunyai ilmu-ilmu kebal atau yang dikatakan gagah perkasa seperti pahlawan sukar untuk
ditandingi oleh orang-orang biasa, lazimnya tubuh badan mereka atau kekebalan mereka akan
kalah dengan santau.

Kebanyakannya semua akan terkena termasuklah haiwan. Hanya insan-insan yang beramal
soleh dan mengamalkan doa pelindung diri, yang mana Allah hendak melindunginya, InsyAllah
akan dilindungi oleh Allah Ta’ala, insyAllah.

Paling merbahaya. Kebiasaannya, kesan santau ini akan matang dalam masa dua tahun dan
boleh membawa maut. Namun begitu, urusan maut adalah urusan Allah S.W.T. Jika Allah S.W.T
tidak mengizinkan, maka, walau apa jua jenis santau yang diberi, ianya tidak membawa kesan
atau mudharat

TANDA TERKENA SANTAU:
Batuk yang berterusan dan tidak lepas walaupun makan ubat hospital pun tidak sembuh dan
gejala batuk pada waktu-waktu tertentu seperti maghrib, pagi, tengah malam, hendak subuh,
ada yang 24 jam (macam batuk anjing king-king-king) dan lain-lain, muntah darah, rasa
tercucuk-cucuk dalam badan seperti ada jarum (di bahagian dada, sendi2 badan, peha, dan
kaki), demam panas, sakit kepala, lenguh atau lemah sendi dan anggota badan, tiada selera
makan (kesannya jadi badan susut dan bila cuba hendak makan rasa hendak muntah), susah
hendak tidur malam, kerap mengantuk di siang hari, gatal-gatal badan, pemarah (sifat yang
dibangkitkan oleh jin. Syaitan, iblis), pelupa, resdung, barah, kayap, lumpuh ( yang menyerang
buah pinggang), dan ada yang sampai buat putus urat jantung, serta jadi gila, lemah tenaga
batin, kudis (biasanya ramuan santau ini didapati dari kepulauan Borneo), penyedih, penakut,
pembenci, pemalas , fikiran tidak tenteram (sehingga tidak boleh membuat keputusan dengan
tepat dan hilang keyakinan diri, suka bersendirian (tidak suka bergaul dgn org ramai), sakit
perut dan sakit belakang dan lain-lain.

Jenis Santau:

1. Santau Angin
2. Santau Tuju
3. Santau Makan atau Minum4. Santau Langkah

Tujuan Santau

Tujuan membuat santau: amalan diri (pembuat atau penyebar santau biasanya hendak
mengetahui sejauh mana kehebatan ilmu santau mereka lalu membuat praktikal), pertahankan
diri (kalau zaman dahulu, kalau sesebuah negeri kalah dalam peperangan akan balas balik guna
santau, ada segelintir dari kalangan wanita yang jahil atau lelaki yang jahiliyah menggunakan
santau untuk mempertahankan hak kepentingan diri sendiri), untuk membalas dendam dan
untuk kebanggaan supaya dihormati atau ditakuti.

Tawar Santau

1. Solat hajat, berdoa serta bertawakal pada Allah s.w.t kerana Dia Maha Menyembuhkan.

2. Bahan yang perlu ada semasa proses merawat:
a) Air Mineral 1 botol
b) Air Kolah Tiga Masjid 1 botol (semua sekali 3 botol, kalau botol 10 liter lebih baik)
c) Daun Pandan 3 Helai
d) Garam rukyah

3. Bacakan pada air yang dicampur dengan garam rukyah:-
a. Al-Fatihah - 1 kali
b. Ayatul Qursi – 1 kali
c. Al-Hasyr: 21 hingga 24 – 1 kali
d. Yasin 1-9
e. Selawat Syifa
f. Bismillah 5 dan Bismillah 6 – 3 kali
g. Surah Al-Mukminun  ayat 115-118
h. Surah As-Soffat ayat 1-10
i. Surah Al-ikhlas, Al-Falaq, An-Nas 3kali

4. Suruh pesakit minum dan tunggu 10 minit. Jika tiada reaksi, baca kalimah syahadah atau mana-mana ayat tepuk sambil menepuk belakang pesakit berulang kali. InsyaAllah akan sembuh jika melakukan dengan istiqomah serta keyakinan yang benar-benar ikhlas Allah yang menyembuhkan.

Wednesday, June 8, 2011



Mengenali Orang Lain Melalui "Kentut"



1.     Orang TIDAK JUJUR
Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

2.     Orang GOBLOK (BODOH)
Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

3.     Orang BERWAWASAN LUAS
Orang yang tahu bila harus kentut.

4.     Orang SENGSARA
Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut

5.     Orang MISTERIUS
Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu

6.     Orang GUGUP
Orang yang tiba-tiba menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.

7.     Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI
Orang yang selalu mengira kalau kentutnya bau harum.

8.     Orang SADIS
Orang yang kalau kentut di ranjang terus dikibaskan baunya ke ranjang orang lain.

9.     Orang PEMALU
Orang yang kalau kentut tidak bunyi tapi lalu merasa malu sendiri.

10.Orang yang STRATEGIK
Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dengar.



11.Orang BODOH
Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti kentutnya yang keluar.

12.Orang PELIK
Orang yang kalau kentut di keluarkan sikit-sikit, sampai bunyi "tit-tit-tit"

13.Orang SOMBONG
Orang yang sering mencium kentutnya sendiri.

14.Orang RAMAH
Orang yang senang mencium kentutnya orang lain

15.Orang yang tidak senang BERGAUL
Orang yang kalau kentut sembunyi.

16.Orang AKUATIK
Orang kalau kentut di dalam air sampai bunyi "blekuthuk-blekuthuk"

17.Orang ATLETIK
Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam

18.Orang JUJUR
Orang yang mengaku kalau habis kentut

19.Orang PINTAR
Orang yang boleh menandai bau kentutnya orang lain.

Saturday, April 23, 2011


Kisah seorang muslim yang berusaha menjadi baik untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. episod 1


Muslim ini bernama Aiman (bukan nama sebenar). Usianya dalam lingkungan 20-an. Pada usianya 18tahun, beliau cuba untuk berubah sikap dan perangainya yang agak nakal dan selalu mengecewakan hati ibu bapanya satu masa dahulu. Sewaktu umur beliau 17tahun sempat juga beliau berguru dengan atok saudaranya atas desakan bapanya kerana bapanya mula menyedari kelakuan nakal aiman yang sudah kearah ingin menjadi samseng makin menjadi2. Dia juga pernah berkata pada bapanya habis spm dia ingin menyertai kelab GYM dan setelah itu ingin bekerja sebagai Bonzer. Macam2 yang diajar oleh atok saudaranya, walaupun pada dasarnya atok saudaranya mengajarkannya silat kerana ingin membantu aiman mencapai cita2nya sebagai bonzer tetapi maksud tersembunyi atok saudaranya itu adalah untuk mengubah sikap aiman dan ingin menanamkan nilai2 moral dalam diri aiman, dalam masa yang sama aiman juga diajar mengenai ilmu2 agama dan pembentukan akhlak. Ilmu perubatan juga diajarkannya. Mulai saat itulah aiman mempunyai nafas yang baru dan semakin bersemangat untuk belajar dengan atok saudaranya. Tetapi sayangnya aiman yang baru saja bersemangat untuk mengubah sikap dan perangai sekali gus tertarik pada keunggulan ISLAM dan bercita2 untuk menjadi seorang pendekar yang memegang pada syariat ISLAM menjadi pudar kerana atok saudaranya lumpuh satu badan dan percakapannya sudah pelat disebabkan pelbagai penyakit tua yang dihadapi oleh gurunya. Setelah gurunya lumpuh anak lelaki pertama gurunyalah yang menggantikan tempat gurunya untuk mengajar silat pada aiman tetapi ilmu2 agama tidak diajarkan lagi kerana anaknya belum ada keyakinan dan belum arif dalam bidang ketuhanan dan agama. Selang beberapa bulan kemudian, atok saudaranya meninggal dunia dan sempat memberikan nasihat2 dan wasiat kepada aiman supaya terus mengamalkan sikap pendekar yang sejati dan mencari guru agama yang arif lagi alim berkaitan ketuhanan dan anak2 murid yang lain juga dinasihatkan juga. Setelah habis SPM aiman mengambil pengalaman2 kerja yang pelbagai iaitu kerja di kilang makanan, car wash, shell, serta menolong ayahnya sebagai kontraktor, dalam masa yang sama berniaga burger di malam hari. 


Beliau amat menyesal sewaktu dibangku sekolah dulu tidak belajar rajin2 kerana beliau sudah rasa bagaimana peritnya mencari rezeki. Beliau tidak tahu bagaimana ayahnya boleh bersabar dengan pendapatan oleh sumber sebagai kontraktor di rumah2 orang. Syukurlah pada Allah s.w.t kerana ibunya juga bekerja sebagai kerani di salah sebuah universiti tempatan untuk menampung keperluan keluarga. Walaupun bilangan adik beradik aiman hanya 4 orang tetapi jika ibunya tidak bekerja, ekonomi keluarga aiman akan goyah kerana masing2 sedang membesar dan bersekolah. Aiman juga bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dengan keputusan SPM aiman yang hanya cukup2 makan, masih ada lagi ipt yang menerimanya sambung belajar ke bahagian akademik dalam bidang profesional. Pada mulanya dia ingin ke bahagian kemahiran kerana keputusannya yang begitu hanya bidang kemahiran saja yang menerimanya. Tetapi setelah ibunya membuat solat istikharoh, ibunya menyuruh beliau ke bidang professional kerana ibunya tahu bakat aiman bukan ke arah kemahiran tetapi bidang kemanusian dan sosial. Aiman menuruti perintah ibunya kerana aiman juga sedar akan bakatnya tidak ke bahagian kemahiran tetapi adik bawahnya yang memiliki bakat kemahiran ayahnya itu. Aiman juga ingin membalas jasa ibunya kerana sewaktu zaman persekolahan beliau sering melukakan hati ibunya. Ibunya sangat inginkannya sambung belajar begitu juga atok dan neneknya kerana dia adalah anak pertama sekaligus cucu yang pertama dalam keluarga. Adik2nya dan sepupu2nya masing2 masih bersekolah malah ada yang tadika dan masih baru belajar merangkak.

Aiman mempunyai seorang kekasih yang bernama Ana Syafiqah(bukan nama sebenar). Hubungan beliau dgn ana sudah hampir 3 tahun. Dalam waktu sedang bercinta itu bermacam2 dugaan yang harus ditempuhi kerana ana bukan seorang muslimah sejati kerana dressnya yang kdg2 seksi tetapi tidak terlalu seksi yang melampau. Ana juga seorang anak yang manja dan senang melayan lelaki lain yang cuba untuk menggodanya. Tetapi aiman tetap tabah menghadapi semuanya kerana aiman sayangkan hubungan mereka, dalam masa yang sama kedua2 pihak keluarga telah merestui hubungan mereka.

Disebabkan sifat ana yang terlalu manja dan memukau, akhirnya aiman tumpas ditangan nafsu. Setiap kali beliau berjumpa mesti melakukan aktiviti ringan2 dan ana yang pada mulanya tak mahu melakukannya akhirnya merelakandirinya utk diringan2 kan kerana ana juga suka apabila dipeluk dan diusap oleh aiman. Hari demi hari masa berlalu begitu pantas hinggalah pada akhir bulan oktober 2009. Waktu itu ana tinggal lagi beberapa minggu untuk menghadapi SPM. Pada waktu itu ana meminta aiman untuk menghantar beliau ke salah sebuah Universiti tempatan kerana ada seminar menjawab SPM. Aiman menolaknya kerana aiman juga pada waktu itu ingin menyiapkan assigmen yang ingin dihantar 2 hari lagi. Tetapi setelah didesak oleh ana untuk menyuruh lelaki lain menghantarnya, aiman menuruti kehendak ana untuk menghantarnya. Aiman terpaksa balik kerumah dgn menaiki bas untuk mengambil kereta. Setiba dirumah aiman terus meminjam kereta ayahnya untuk menjemput ana dirumah. Jarak antara rumah aiman dan ana lebih kurang 1jam. Jika jalan jem boleh mencecah 2jam. So, aiman pun hantarlah ana ke seminar tersebut.

Cuti semester di kolej aiman sudah pun bermula, ana pula sedang menduduki SPM. Pada waktu itu ana meminta aiman supaya tidak menelefonnya setiap malam seperti biasa. Dan sejak itu perangai ana terhadap aiman mula berubah. Aiman sudah mngesyaki bahawa ana ada lelaki lain yang sedang dilayan tetapi ana masih tidak mengaku. Dalam masa yang sama aiman masih meragukan lagi kerana spy2 aiman di sekolah ana sudah memberitahu aiman yang ana sentiasa sms dengan seorang lelaki lain. Pada satu malam, ana menelefon aiman tetapi nada perbualannya agak berlainan kerana selalunya ana akan menggunakan nada yang terlampau manja untuk bergurau dengan aiman. Dalam perbualan telefon mereka ana menyatakan hasrat untuk memutuskan hubungan dengan aiman dengan sebab SPM. Tetapi aiman yang matang dan berkebolehan dalam bidang kemanusiaan memujuk ana dan memberi pendapat pada ana. Akan tetapi ana tetap dengan keputusannya, dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim aiman melepaskan ana dengan ikhlas hati kerana aiman tahu ana akan mencarinya lagi.

Tepat dugaan aiman, ana menghubungi aiman pada keesokan harinya, dalam perbualannya ana mencabut kembali kata2 nya untuk berpisah kerana keluarga ana tidak setuju dengan keputusan ana. Aiman hanya tersenyum saja. SPM telah pun habis, ana balik ke kampung halaman dengan gembira kerama peperiksaannya sudah habis. Aiman pun merancang untuk menontong wayang bersama ana pada keesokan harinya. Tiba di wayang seperti biasa mereka duduk berdua, tetapi kali ini nafsu aiman membiak2 kerana penonton tidak ramai. Apabila aiman mula memegang tangan ana, ana membiarkan saja tetapi bila aiman mula memeluk tubuh ana, ana menolak. Dan beberapa kali cubaan mencium telah ditepis. Aiman kehairanan kerana ana yang dia kena tidak akan menolak untuk dipeluk kerana ana amat suka bila dipeluk. Pada malam itu aiman menanyakan hal ini pada ana dan ana menjawab dia tidak suka dengan perbuatan aiman kerana tidak bermoral dan mula merasa dosa. Aiman kehairanan kerana ana amat susah utk dididik dalam soal agama, akan tetapi aiman bersyukur kerana ana mula berubah dan aiman berjanji tidak akan melakukannya lagi. Pada satu malam, ana memuktamadkan keputusan untuk berpisah dengan aiman, aiman pun dengan merelakannya melepaskannya. Aiman tahu walaupun hubungan mereka berpisah tetapi aiman masih boleh keluar bersama ana kerana keluarga aiman dan ana sangat rapat.

Setelah sebulan berlalu ana menghubungi aiman dan melepaskan rindu dengan suara yang manja dan menggoda, ini kerana kekasih baru ana ternyata seorang playboy dan hanya memainkan perasaan perempuan sahaja. Ternyata sewaktu ana meminta untuk memutuskan hubungan tempoh hari adalah sebab lelaki lain yang dia kenal sewaktu seminar SPM yang aiman hantarkan itu. Ana malu untuk mengaku dia ada lelaki lain kerana aiman terlampau baik dalam memberi layanan terhadap ana. Sudah hampir 10 kali ana kantol dengan lelaki lain tetapi aiman tidak pernah memarahinya tetapi aiman hanya menasihatinya. Ana mula menyedari bahawa tidak ada seorang lelaki yang memahami perangai buruk ana yang mengada2 itu melainkan aiman, bahkan keluarganya sendiri tidak pandai mengawal perangai ana. Ana mengajak aiman keluar bersama untuk melepaskan rindu, dan seperti biasa mereka melakukan aktiviti ringan2 kerana kedua2 pihak merindukan pelukan dan ciuman masing2. Aiman sedar perbuatan itu salah dan selalu teringat dengan pesanan2 arwah gurunya tetapi dia tak dapat mengawal nafsunya.

Selang beberapa hari aiman melakukan solat istikharoh untuk memohon petunjuk bagaimana caranya untu berhenti melakukan perkara terkutuk itu lagi. Dia mula merasakan untuk meninggalkan ana kerana sifat ana yang manja dan menggoda itulah yang menyebabkan nafsu aiman membuak2. Tetapi aiman sayangkan hubungan mereka yang sudah lama terjalin, pihak keluarga pula semakin hari semakin rapat. Aiman mengambil langkah untuk cuba sedaya upaya menahan nafsunya apabila berjumpa dengan ana. Sedang aiman cuba untuk menahan nafsunya terhadap ana tiba2 ana mula merubah sikap, dan setelah aiman bertanyakan pada kakak2 ana ternyata ana sudah memiliki seorang lelaki lain. Ana mengaku mempunyai lelaki lain kerana dia tidak puas hati kebelakangan ini aiman merubah sikap menjadi seorang yang baik sedikit dengan kata lain bagi ana adalah ala2 ustaz. Padahal setiap kali berjumpa akan melepaskan nafsu, sebab itulah ana marah pada aiman kerana ana marah aiman konon2 nak jadi alim. Aiman berterus terang yang beliau ingin berubah dan mula menyedari perbuatan2 terkutuk itu. Ana pula tanpa memikir panjang memutuskan hubungan mereka dengan keputusan yang muktamad. Aiman juga merelakannya.

Setelah sebulan berlalu, aiman seperti orang yang memerlukan seseorang tempat dia bermanja kasih. Sungguh dasyat penangan manja ana ini. Tetapi aiman tabah menghadapinya, setiap hari aiman berdoa agar dapat melupakan ana kerana hampir setiap hari dia teringat kenangan-kenangan manis bersama ana. Setelah hampir 4 bulan putus dengan ana barulah aiman dapat melupakan ana kerana sepanjang 4bulan itu aiman mula mendekatkan diri pada Allah dengan mengigati kembali nasihat2 dan ajaran yang di sampaikan oleh gurunya iaitu ISLAM. Dia mula mengamalkan kembali wirid yang diberikan oleh gurunya, dan sering membaca Al-Quran. Dengan cara ini sajalah dia dapat memulihkan semangatnya kembali kerana dia tahu tiada yang boleh membantunya melainkan Allah s.w.t.

Dan semenjak itu beliau mula rapat dengan sahabat2 lama beliau yang mengambil jurusan agama juga salah seorang pelajar tahfiz di institut pengajian tinggi yang lain iaitu Haziq (bukan nama sebenar), dan juga Fazil (bukan nama sebenar). Fazil meruapakan sahabat yang paling rapat kerana semenjak sekolah rendah mereka 1kelas hinggalah di tingkatan 5 mereka 1kelas. Mereka terpisah kerana berbeza ipt kerana fazil megambil bahagian bisness dan kira2. Walaupun fazil bukan bidang agama tetapi fazil dididik sepenuhnya dalam keaagamaan kerana keluarga fazil kebanyakkannya warak2. Haziq pula sahabat sewaktu sekolah rendah, apabila di sekolah menegah haziq menukar sekolah di Sekolah Menengah Agama. Semenjak itulah aiman sering bersilaturrahim dengan sahabat2nya di masjid dan sering menukar2 pendapat dan mengongsikan ilmu2. Kadang2 apabila cuti hujung minggu atau pun semester mereka merancang sama2 beriadah dengan bersilat dan berjoging. Mereka juga sering menolong orang2 islam yang meminta bantuan untuk mengubat penyakit kerasukan dan histeria. Syukur pada Allah s.w.t. kerana sewaktu guru aiman masih hidup sempat gurunya mengajarkan ilmu perubatan yang berlandaskan syariat, bagi rakan2 seperjuangan aiman tidak menjadi masalah kerana mereka kebanyakkannya sudah menghafal ayat2 azab jin dan ayat2 syifa untuk memulihkan penyakit.

Mereka bagaikan seperti satu pasukan malah kerapatan mereka sudah dianggap seperti adik beradik kerana keluarga masing2 juga amat senang mereka berkawan. Mereka mananamkan hasrat untuk mencari guru yang lebih arif tentang agama dan perubatan sekali gus ingin berdakwah dan menjadi petunjuk kepada remaja2 lain. J

Thursday, April 14, 2011



Kenapa berubah??

Alkisah nak dijadikan cerite.. ada sorang budak yang bernama Haikal (bukan nama sebenar). Haikal merupakan seorang budak yang yang baik,alim,warak dll lagi laa.. Bole dikatekan Haikal ni menjaga hubungan dgn Allah dan mnjaga hubungan sesame manusia “hablum minallah hablum minannas”
Semasa di Kolej ramai junior2 dan sahabat dia hormat kan die sbb sifatnyer yang peramah dan segala macam baiklah.
Dan pada satu hari apabila sudah tahun yang terakhir die belajar di kolej, tiba2 die sudah jatuh cinta pada salah seorang pelajar junior di kolej, namanya murni (bukan nama sebenar). Pada mulanya hubungan haikal dan murni adalah seperti rakan biase, tp apabila hamper 6-7bulan berkenalan hubungan mereka menjadi rapat. Murni pula bukan dari kalangan budak yg baik, nak kate tak baik pun tak bole. Kire 50-50 la, murni ni agak sosial sikit tp masih mnjaga adab.
Bila da dekat 7bulan berkenalan mereka pun mnjalinkan hubungan COUPLE spt remaja2 lain. Tp rakan2 Haikal sudah pun nasihatkannya supaya jgn tngglkan ibadah dan pelajaran krn Haikal ni tak pernah berCOUPLE. Lgpun Haikal ni buknnye dr kalangan org BERADA..
Setelah 3 bulan berCOUPLE rakan2 Haikal mula menyedari akn perubahan yg berlaku atas diri Haikal. Bila ditanya ‘kenapa ko da berubah eakh?’ Dijawabnya ‘eh, mne ade, aq biase je mcm dulu’. Perangai Haikal sudah tak seperti dulu. Dulu orngnye peramah, bila kwn2 bergurau die steady jer, tp skrng sudah trbalik. Kalau kwn2 brgurau dgn die, die akn cpt terasa. Selalu tido lambat sebab buat Super Saver, 24jam SMS, Duit selalu habis sebab TopUP dan belanja awek, bngun lambat, mls nk solat, cpt marah. Boleh dikatan 24jam hidupnya semuanya krn MURNI. Kalau 1hari x jumpa dam cm org GILA. Kenapa cpt sgt da Berubah?? Baru 3 Bulan, belum 3 tahun lg.
Tu la org kate, org bercinte die pun nak brcinte. Sebenarnya Haikal jadi begini sbb bercinta. Kadang2 kalau Murni layan kwn laki Haikal da melenting. Lama kelamaan ramai kawan2 dan junior2  da tak hormatkannya lagi. Pensyarah juga sudah tak memuji2 lagi Haikal. Dan akhirnya keputusan Exam Haikal teruk hanya krn berCinta dgn Murni.
Ni la org kate bila Cinta pada manusia die letakkan no.1 ni hati. Sepatutnya letakkan Cinta Allah dan Rasul no.1 so takdela jadi mcm ni. Bukan nak menyokong berCinta, tp biarlah kite kenal dulu siapa diri kita, siapa Allah dan Rasul. Letakkan dulu Allah dan Rasul dihati. Kadang2 ada remaja yg snggup bunuh diri hnya krn berCinta. Hilang pedoman ke ape?? Prempuan bnyak la kat dunia ni. Ingatlah perkare pertama ditanya di alam barzakh adalah SOLAT, bukan name PAKWE or MAKWE.
So, ingatlah.. kalo nak SGT3 bercinta tu biarlah kite letakkan Cinta Allah dan Rasul dulu dalam HATI, baru la nama pakwe makwe tu. Tp nak diikutkan Couple ni HARAM. Wallahu’alam.

Saturday, April 9, 2011


Subuh

Solat SUBUH... walaupun 2 rakaat tetapi kalau di tinjau ke masjid atau surau pada waktu tersebut mmg tak begitu ramai orang yang mengerjakannya secara berjemaah... .

Rupe-rupenye..mereka dok tidur berselimut setelah mlmnya menghabiskan waktu untuk berjaga..atau bercerita hal2 yang penuh dengan maksiat kepada Allah dan menyalahi-Nya...

Mari kite menyelami keistimewaan solat Subuh dan peringatan dari Rasulullah SAW untuk pedoman kita semua..

" Tiada Solat yang paling berat bagi orang munafik melainkan Isyak dan Subuh. Seandainya mereka mengetahui pahala di sebalik solat Isyak dan Subuh dengan berjemaah, tentu mereka akan mendatanginya sekalipun mesti dengan merangkak.." 
(Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah )

Keistimewaan solat Subuh yang mungkin kita tidak perasan selama ni... ..memelihara diri seseorang Muslim dan menjadi pengukur keimanan kita kepada Allah SWT... Pintu-pintu rezeki akan terbuka luas... seorang hamba, walaupun sezuhud mana pun dan sangat tidak peduli dengan urusan dunia, ia tetap senang kalau dilapangkan rezekinya..

Akhir kalimah..antara petua-petua berkesan untuk memelihara solat Subuh ialah..biasakan diri tidur awal... niat yang ikhlas dan azam yang kuat sebelum tidur... 



Selamat beramal.. :D

Friday, March 18, 2011



TAJUK: MALU... MALUNYA... TERAMATLAH MALUNYA!


Aduhai, setiap wanita dikurniakan oleh ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU si wanita tahu menjaga kehormatannya
Kerana MALU si wanita tahu menilai batas- batas sosialnya
Kerana MALU juga si wanita gagal diperdaya pujukan nafsu

Kini si wanita itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu terdedahlah auratnya lantas kehormatan diri tergadai
Kerana hilangnya MALU itu si wanita gagal menilai apa itu HARAM apa itu HALAL
Kerana kehilangan MALU itu si wanita lemas dan hanyut dengan tipu daya nafsu.

Aduhai, setiap lelaki juga dikurnakan oleh ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU, si lelaki nasihat diri dan si wanita agar bersama-sama jaga maruah diri dan MENJAGA AURAT
Kerana MALU, si lelaki mengingatkan diri dan si wanita tentang batas-batas sosial pergaulan, HALAL dan HARAM tu kena INGAT!
Kerana MALU itu, si lelaki menjaga dan mendidik nafsunya. JANGAN mengajak si wanita berbuat DOSA. Selalu mengingatkan dengan
kata "TAKUTLAH AKAN ALLAH !"

Kini, si lelaki itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu si lelaki MENGAJAK si wanita BERBUAT MUNGKAR
Kerana hilangnya MALU itu si lelaki lupa tentang HUKUM ALLAH swt
Kerana telah hilangnya MALU itu si lelaki mungkin hilang taraf KHALIFAH!

Sabda Rasullullah saw, SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN.

Wahai si wanita dan si lelaki janganlah menzalimi diri dengan meletakkan MALU itu bukan ditempatnya.

MALUlah kamu dengan ALLAH swt kerana ingkar akan suruhannya
MALUlah kamu dengan RASULLULLAH saw kerana meninggalkan sunahnya
MALUlah kamu kerana lupa dan malas membaca AL-QURAN
MALUlah kamu kerana tidak menghormati GURU
MALUlah kamu kerana melawan kata IBUBAPA.
MALUlah kamu atas DOSA -DOSA kamu

Saturday, March 12, 2011

RAWATAN PERDANA SIRI 2...


MASJID SULTAN ISMAIL TANJUNG AGAS MUAR, JOHOR